Bank Rakyat Kuala Selangor

Bank Rakyat telah mula ditubuhkan sejak tahun 1954 lagi di bawah Ordinan Koperasi 1948 yang juga dikenali sebagai Akta Koperasi 1993. Ia menjadi bank koperasi Islam terbesar di Malaysia denga jumlah aset bernilai RM 82.88 bilion berakhir di Disember 2013. Pada tahun 2003, Bank Rakyat yang telah melakukan transformasi dalam sistem perbankan di mana sistem perbankan konvensional ditukarkan kepada sistem perbankan Syariah. Perubahan ini telah mencatatkan jumlah keuntungan yang agak tinggi di mana nilai keuntungan sebelum zakat dan cukai adalah berjumlah RM 2.13 bilion selepas 10 tahun perubahan sistem.

 

Sehingga kini, Bank rakyat telah mempunyai 212 cawangan, serta mesin juruwang automatik (ATM) sebanyak 990 buah serta  mesin deposit tunai (CDM) dan 183 Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara. Bagi Bank Rakyat Kuala Selangor, yang tidak terkecuali menyediakan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan. Antara kemudahan yang disediakan oleh Bank Rakyat Kuala Selangor adalah pembiayaan sewa beli-i AnNaqlu.

 

Bank Rakyat cawangan Kuala Selangor menawarkan pembiayaan sewa beli-i AnNaqlu dengan skim bayaran balik yang lebih fleksibel serta mampu bagi memiliki sebuah kereta tempatan mahupun kereta import. Tempoh pembiayaan kenderaan adalah sehingga 90% dari harga kenderaan semasa dengan pembayaran balik maksimum sehingga 9 tahun.

 

Kelayakan Pembiayaan

  • Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 55 tahun
  • Individu yang bekerja di sektor awam dan swasta mestilah berpendapatan minimum sebanyak RM 1,500 sebulan
  • Mestilah telah bekerja tidak kurang dari 6 bulan

 

Kaedah Pembayaran Balik

  • Pembiayaan secara potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa
  • Potongan Gaji Majikan (PGM)
  • Bayaran secara elektronik
  • Pindahan Gaji

 

Dokumen Yang Diperlukan

  • 1 Salinan MyKad
  • 1 Salinan Lesen Memandu
  • 1 Salinan 3 bulan Slip Gaji terkini
  • Penyata Transaksi Akaun
  • Salinan Surat Pengesahan Majikan

Fi dan Caj

  • Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i – RM 10.00
  • Pembiayaan Sewa Beli-i Pesara – RM 10.00 (perlindungan Takaful (DTT) adalah 

  diwajibkan dari syarikat Takaful yang dilantik 

  oleh Bank sahaja)

  • Duti Setem – RM 10.00 (Perjanjian Ijarah)

  RM 10.00 (Perjanjian Penjamin-jika berkenaan)

  • Pengeluaran surat kepada JPJ bagi – RM 15.00 setiap dokumen

perubahan nombor enjin kenderaan,

pertukaran nombor pendaftaran

kenderaan, kad pendaftaran pendua

  • Pengeluaran surat kepada pihak – RM 15.00 setiap dokumen

berkuasa bagi pindahan kenderaan ke

Malaysia Timur dan sebaliknya

 

Lokasi Bank Rakyat Kuala Selangor terletak berhampiran dengan Medan Niaga Kuala Selangor, IPD Kuala Selangor, serta Kompleks PKNS Kuala Selangor. Ia boleh diakses menggunakan kemudahan pengangkutan awam yang tersedia seperti bas awam. Sekiranya anda berada di Medan Niaga Kuala Selangor, anda boleh hanya berjalan kaki sejauh 4 minit sahaja untuk tiba di Bank Rakyat Kuala Selangor ini. Malah, ia hanya mengambil masa kira – kira 11 minit sahaja jaraknya dari Kompleks PKNS Kuala Selangor dan hanya sejauh 523 meter dari IPD Kuala Selangor. Kedudukan Bank Rakyat yang terletak di kawasan berhampiran memudahkan pelanggan mendapatkan pelbagai perkhidmatan perbankan dengan mudah di sini.

 

WAKTU OPERASI

Waktu Operasi Bank Rakyat Kuala Selangor adalah mulai jam 9.00 pagi hingg 5.00 petang pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat pula ia dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 12.45 tengahari dan kembali beroperasi pada jam 2.30 hingga 5.15 petang. Pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, tiada sebarang urusniaga dijalankan.

 

ALAMAT BANK RAKYAT CAWANGAN KUALA SELANGOR

2, Jalan Bendahara 1/1, Taman Bendahara, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Sebagai pelanggan, anda boleh menghubungi cawangan ini ditalian 03-32811434 sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan. Malah, anda juga boleh menghubungi pusat panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 (Bebas Tol) dan perbankan internet iRakyat di www.irakyat.com.my.